Rabu, 25 November 2009

Extras




Kami ingin berkongsi beberapa jenis resepi Kek yang kami gemari dan yang telah cuba sendiri.


  1. KEK COKLAT BROWNIES

  2. KEK LOBAK BERKACANG

  3. KEK MARBLE KEJU KLASIK

  4. KEK MOUSSE STRAWBERRY

  5. KEK COKLAT PEKAT

Selasa, 24 November 2009


Tips Menghias Kek : Jangan Sapukan Buttercream Icing Jika Kek Masih Panas
Semalam saya telah membuat sebiji kek untuk keluarga. Dek kerana tak sabar nak menghias kek, sebelum kek betul-betul sejuk saya telah menyapukan icing buttercream di atasnya.

Nak tahu apa yang berlaku? Icing buttercream menjadi cair, meresap ke dalam kek dan menjadi sangat tidak sedap...

Saya rasa sangat menyesal kerana terlalu excited nak menghias kek. Semoga pengalaman ini dapat dijadikan panduan kepada rakan-rakan yang baru nak menceburkan diri di dalam bidang pembuatan kek..


25 tip menghias kek yg patut diketahui:

  1. Untuk menghias makanan seperti kek misalnya, apa yang harus difikirkan terlebih dahulu adakah majlis itu dikhususkan untuk orang dewasa ataupun kanak-kanak? Jadi,setelah memahami konsep, anda perlu sesuaikan hiasan kek mengikut konsep asal majlis yang akan diadakan.
  2. Misalnya untuk majlis hari jadi kanak-kanak, buatlah kek kelihatan lucu, indah dan menggunakan warna-warna ceria.
  3. Tambahkan hiasan kek dengan pelbagai hiasan coklat warna-warni. Lumrahnya, kanak-kanak sukakan coklat. Contohnya hiaskan dengan coklat cip dan marshmallows.
  4. Siapkan hiasan bermacam-macam, berwarna-warni dan barangan permainan kecil.
  5. Sesuaikan bentuk kek mengikut konsep yang diperlukan. Jika dianggarkan ramai tetamu yang datang, lebih senang anda memilih untuk membuat kek berbentuk empat segi panjang sahaja supaya senang dipotong dan dibahagikan.
  6. Menghias aising atau krim pada kek sangat penting bagi menarik perhatian. Jangan dibiarkan kek anda kosong, hiaslah dengan dekorasi aising penuh corak dan warna-warni.
  7. Memilih warna untuk aising kek itu juga sangat penting. Biar sama mengikut tema asal majlis anda. Misalnya kek perkahwinan, jika tema anda ungu dan putih, sama juga dengan pakaian pengantin berwarna ungu, eloklah anda serasikan kek anda berwarna senada. Jangan pula anda mengenakan kek berwarna kuning pula. Bukankah janggal kelihatannya semasa memotong kek perkahwinan?
  8. Warna kek merah menyala, biru, atau kuning terang mungkin sesuai untuk kanak-kanak menyambut hari jadi.
  9. Warna kek untuk orang dewasa pilihlah yang lembut seperti pink, hijau muda, putih atau coklat.
  10. Jika anda ingin memulakan hiasan kek utk kanak-kanak, gunakanlah aising berwarna ceria & cuba menutup dgn hiasan lucu spt gambar kartun & sebagainya.
  11. Letakkan hiasan manis yg anggun spt bunga utk kek org dewasa
  12. Banyak pilihan kek utk kanak-kanak. Cubalah kelainan dlm membentuk kek spt barang permainan contohnya kek yg berbentuk jam bulat yg mempunyai mata & mulut tersenyum, kek keretapi yg mempunyai mata, kek kereta, kek badut & sebagainya.
  13. Untuk kek pilihan dewasa, sesuaikanlah dgn majlisnya. Kek lucu tidak sesuai dikenakan jika majlis berbentuk formal. Kek berbentuk hati @ cinta sangat sesuai utk anda menyambut hari kekasih, hari ulangtahun perkahwinan & sebagainya.
  14. Untuk hidangan org dewasa juga sangat sesuai menyediakan kek kecil spt muffin. Tetapi hiaskanlah muffin dgn sedikit bunga aising yg berwarna agar kelihatan lebih menarik.
  15. Untuk pilihan kanak-kanak, kek mufin juga boleh disediakan tetapi pastikan potongannya kecil & dipenuhi hiasan ceria spt coklat utk menarik minat mereka.
  16. Ikatan reben pada sekeliling kek juga kelihatan lebih menarik & menyerlah.
  17. Kek buah mungkin lebih disukai orang dewasa berbanding kanak-kanak. Buah-buahan campuran sangat sesuai dihiaskan di atasnya.
  18. Hiasan aneka biskut di atas kek pula menarik minat kanak-kanak.
  19. Penggunaan bendera dgn ucapan 'Selamat Hari Jadi' sangat sesuai ditegakkan sahaja di atas kek yg terlalu banyak hiasan.
  20. Untuk kek perkahwinan bertingkat, pastikan gubahan aising & corak hiasan sama bagi setiap tingkat kek & sesuaikan pada warna konsep asal majlis.
  21. Kek bertingkat perlu diseimbang agar susunannya kemas & selamat utk mengelak dari risiko mudah terjatuh.
  22. Penggunaan gelas bagi kek bertingkat juga memberi lebih keyakinan utk memastikan berat kek dpt diselia dgn baik.
  23. Untuk sambutan hari istimewa bagi dua org dewasa, sediakanlah kek bersaiz 1.4 kg sudah memadai.
  24. Lebih istimewa lagi jika kek bersaiz kecil dibuat sendiri bercorakkan cinta agar sambutan majlis lebih bermakna lagi romantik.
  25. Sekali-sekala biarkan anak-anak membuat sendiri dekorasi kek mengikut keinginan mereka.

TIPS MEMBUAT KEK

  1. Bila sudah mendapat resipi yang ingin dicuba, baca dan fahamkan bahan-bahan yang ada dalam resipi dan juga peraturannya. Jika ada bahan atau peraturan yang tidak faham, bertanya pada yang arif.
  2. Buat nota sendiri dalam resipi tersebut. Sewaktu hendak mula membuat Kek tersebut, keluarkan cawan sukatan, timbang, pemukul telur, mixer atau bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek tersebut. Dan juga sediakan bahan-bahan yang hendak digunakan. Ini untuk memudahkan anda menyukat dan juga supaya tidak lupa/ tertinggal bahan sewaktu mula mengadun kek.
  3. Bahan-bahan kering seperti tepung gandum, baking powder, baking soda, garam hendaklah diayak bersama. Kek akan lebih gebu dan ringan bila menggunakan tepung yang telah diayak dan juga sewaktu mengayak tepung bersama baking powder/ baking soda ia dapat menghasilkan tepung yang serata dengan baking powder dan baking soda berbanding dengan kita menggaulkan begitu dengan tangan.
  4. Ikut peraturan resipi satu persatu, dan sewaktu masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balikkan adunan dengan satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu menggaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yang agak mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.
  5. Loyang perlulah dilenser dan disalutkan tepung supaya kek lebih mudah dikeluarkan selepas membakar. Dan ketuhar harus dipanaskan terlebih dahulu. Jika ketuhar anda adalah jenis yang cepat panas, turunkan suhu sedikit dari suhu apa yang tertera diresipi (contoh resipi suruh bakar 180 darjah C, gunakan 160 atau 170 darjah C), ini untuk menggelakkan kek merekah kerana suhu yang tinggi akan menyebabkan kek merekah.
  6. Bila menggunakan lidi untuk mengguji jika kek telah masak. Cucuk dan lihat jika masih ada cebisan kek yang melekat di kek bermakna ia masih belum masak, bakar sehingga lidi penguji bersih dan itu tandanya kek telah pun masak.
  7. Bila kek sudah masak keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk seketika sebelum dikeluarkan dari loyang.
  8. Jika kek itu perlu dikukus, panaskan air kukusan terlebih dahulu dan sebaiknya balut tutup kukusan dengan kain bersih supaya wap tidak akan menitis diatas kek. Atau juga boleh tutup loyang kek dengan aluminium foil.


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes